Quds Impact Training & Consultancy ((NS0058467-W) telah ditubuhkan pada tahun 2009. Namun begitu, ianya merupakan sebuah konsultan di bawah Edutech Study Centre yang telah beroperasi dan bergerak aktif seawal tahun 1999 dalam mengendalikan kem-kem, program-program motivasi dan ilmiah, ceramah-ceramah agama dan sebagainya.
Kami meyakini bahawa remaja merupakan aset terbesar negara terutamanya di era globalisasi dan perkembangan teknologi yang pesat. Ini berikutan, remaja hari ini adalah pewaris generasi kepimpinan negara yang akan menyambung perjuangan dalam membentuk sebuah negara yang gemilang. Namun begitu, generasi ini sedang dilanda kemelutan iklim sosial yang kian membarah. Masalah rempit, seks dan pergaulan bebas, dadah, gengsterism, murtad dan lain-lain, merupakan suatu ancaman utama kepada aset negara yang amat bernilai ini.
Justeru itu, di atas kesedaran dan keprihatinan ini, Quds Impact Training & Consultancy telah ditubuhkan pada tahun 2009 dengan misi untuk membantu dan melahirkan remaja muslim yang tinggi pekerti dan sahsiah dalam menghadapi arus kemelut sosial yang kian meruncing kini.
Dalam menteladani keperibadian golongan sahabat seperti, Usamah Bin Zaid yang memegang pucuk kepimpinan sebagai panglima perang dalam usia yang masih remaja dan Aishah Binti Abu Bakar yang menjadi teman dan pendokong perjuangan Rasulullah, justeru itu, aspek-aspek pembentukan sahsiah melalui pemahaman akidah dan ibadah yang sempurna akan dititikberatkan.
Wednesday, July 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment